Thursday, March 22, 2012

kalimatat taqwa

Bismillah pemula bicara. Alhamdulillah diberi peluang untuk menulis setelah sekian lama tertangguh hajat dihati. Dan ana merasa ada perlunya menulis untuk mencerna dan menyebaran fikrah supaya ilmu yang didapat tidak terus menjadi sisa- sisa yang tidak berguna atau pun menjadi halwa telinga sahaja. Selawat dan salam pada junjungan besar nabi Muhammad yang tanpa baginda belum tentu kita di platform muslim hari ini.


(Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) - perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Taqwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan "kalimah Taqwa" itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Kalimah taqwa dari ayat diatas bermaksud kalimah syahadatain atau kalimah tauhid.

Dan apa pula cabang-cabang penafsiran kalimah tauhid ini??

Berbekal ilmu yng sedikit ini terasa sangat-sangat ingin memuntahkan pemikiran yang ana peroleh moga-moga tergolong antara rijal-rijal yang yang menjadi task force yg menjaga filter Islamic thelogy n thought. Yang saban hari tanpa sedar pelbagai buah fikiran seakan-akan berpandukan alquran sunnah sebenarnya lari dari landasan . Nauzubillah

Ana memohon kpd shuyukh yang membaca boleh mengkritik jika ada silap. Dan ini barulah langkah bermula penulisan blog ini. Wallahualam.