Monday, September 26, 2016

Seorang pendosa

Ku renung...
Di balik cahaya
Ku tanya
Tuhan,  aku apa
Boneka?
Tapi yang mana
Diredha atau dimurka?

Terluka jiwa
Kerna buta
Tentang ahada
Masih terpenjara
Merasa wujud sama
Tambah jua dosa

Hancur,  patah,  lemah
Seketul yang merah
Tiada lagi daya
Penuh putus asa
Seorang pendosa
Hilang arah dan harga

Tuhan,  yang maha menghina
Hamba lari merintih semula
Tika semua menyisih tak suka
Meminta redha ke syurga

"Allahumma mushorrifal qulub,  shorrif quluubana ala tho 'a tik"

Sunday, November 9, 2014

Call on Him :)

All night I pray I might,
Wake up and feel the light
Before I know it, the sun has arrived
It greets me with its cheerful eyes
I’m thankful for this beautiful day
It feels so good to be on my way
I see the world there's nothing to hide,
And in His name everything’s alright!

Call on him, and call on him, and call on him and say
Call on him, and call on him, and call on him and say:
Allah! The One creator of the heavens and earth
Allah! The One who gives you all more than you’re worth
Allah! Just call on Him and He will hear
He's by your side, so have no fear
Allah! Who helps you back up when you've taken a fall?
Allah! Whose epic mercy will shine above all?
Allah! Just call on Him and He will hear
He's by your side, so have no fear

All day, I'm paving my way
Because I know I'm not here to stay
Straight ahead there's so much to see
And I’ll be making history
I’m grateful for whatever has passed
He only stays, and nothing will last
Just how it ends is unknown to me
but in His shade is where I'll want to be

Just take a step and open your eyes
Put your trust in Him and it’ll be alright
Just right when you
Call on Him

Wednesday, July 23, 2014

Ishtaq ilaik ya Rasulullah



sejenak ku mengimbas kembali erti pelayaran usiaku
ke timur ke barat
dunia akhirat
segalanya
ditengah hangatnya kejahilan membakar hangus keimanan
dan aku hanyut tiada berpaut
layu sudah pedoman diriku
kini bersendiri, ku meniti hari
ke kanan ke kiri
ku menilai kembali
jalan ku lalui, dosa yang telah pergi
walau tanpaku sedari air mata membasahi
terasakan.. terbuka kunci pintu hatiku
dan timbullah ketenangan dijiwa yang keliru
terurai kekusutan
membaralah cinta
milik mu yang Esa
selamanya
pada Mu selamanya



Tuesday, June 12, 2012

Faktor-Faktor Penting Kewibawaan Asya’irah


Menurut Dr. Ahmad Mahmud Subhi, penganalisis-penganalisis pemikiran aqidah Islam berpendapat bahawa antara faktor penting yang menyebabkan pendekatan Abu Hasan Asy’ari mudah diterima oleh masyarakat Islam  ialah:

i) Dasar kesederhanaan manhaj Asya’irah

Dasar ini telah dapat memberi ketenangan terhadap keresahan yang melanda masyarakat. Islam akibat daripada pertembungan antara dua aliran yang sangat berbeza iaitu aliran penafian yang mutlak dan aliran pengharusan yang mutlak. Pertembungan ini juga telah menimbulkan berbagai-bagai bencana dan fitnah di dalam masyarakat Islam pada zaman itu. Maka di dalam keadaan masyarakat Islam yang sangat tertekan itu, sifat kesedaran menjadi alternatif kepada masyarakat Islam dewasa itu. Maka kelahiran aliran Asya’irah khususnya pada abad keempat hijrah sangatlah sesuai dan kena pada masanya.

ii) Hubungan baik

Hubungan baik wujud di antara tokoh-tokoh Asya’ariah dengan Fuqaha, Ahli Hadith dan juga Ahli Tasawwuf, dan ulama-ulama mazhab Syafii menjadi golongan pertama menerima pendekatan Asya’ariah. Ini mungkin disebabkan Abu Hasan Asy’ari dalam fiqhnya bermazhabkan Syafii. Begitu juga kebanyakan tokoh-tokoh Asya’riah adalah bermazhab Syafii. Di samping itu pula memang terdapat persamaan dasar antara kedua-dua aliran ini iaitu dasar kesederhanaan. Imam Syafii juga dianggap tokoh yang mengambil sikap sederhana di antara Imam Malik yang mengutamakan kehendak Hadith di dalam membuat hukum, dan Imam Abu Hanifah yang banyak menggunakan akal.

Antara tokoh Sufi pula yang mendokong pendekatan Asya’ariah dalam masalah aqidah ialah Abu 'All al-Daqaq (w. 405 H.), Abu Na'im al-Asfihani (w. 430 H.) dan Abu Kasim al-Qusyairi (w. 465 H.). Selain daripada tokoh-tokoh penganut mazhab Syafii terdapat juga tokoh-tokoh daripada mazhab Maliki yang mendokong aliran Asya’riah dalam aqidah dan mereka juga memainkan peranan penting menyebarkan aliran Asya’riah seperti Ibn Tumart (w. 534 H.).

iii) Wujudnya aliran sederhana yang sezaman

Aliran sederhana ini bukan sahaja dipelopori oleh Abu Hasan Asy’ari tetapi terdapat beberapa tokoh lain turut memperjuangkan konsep ini di dalam masyarakat Islam pada masa itu. Antaranya ialah Abu Jaafar al-Tahawi (w. 321 H.) di Mesir, dan Abu Mansur al-Maturidi (w. 323 H.) di Samarkand. Ketiga-tiga tokoh ini iaitu Abu Hasan Asya’ari, Abu Mansur al-Maturidi dan Abu Jaafar al-Tahawi mempunyai pandangan dan pemikiran yang hampir sealiran dalam menyelesaikan masalah aqidah.

Faktor kewujudan aliran sederhana di Mesir dan di Samarkand telah membantu aliran Abu Hasan Asy’ari di Iraq berkembang dengan pesatnya ke seluruh dunia Islam. Di samping faktor-faktor di atas aliran Asya’riah juga didokong oleh tokoh-tokoh yang sangat berwibawa dalam ilmu dan pengaruh seperti Abu Bakar al-Baqillani (w.403 H.), Abdul Qahir al-Baghdadi, (w. 429 H.), Imam al-Haramain al-Juwayni (478 H.), dan Abu Hamid al-Ghazali. (505 H.).

Kesimpulan ringkasnya, al-Asya'irah sepertimana yang dikhabarkan dalam Al- Mausuah Al-Muyassarah Fi Al-Adyan wa Al-Mazahib Al-Mu’asarah, mereka adalah golongan ulama kalam dalam kalangan ahlu sunnah wal jamaah, yang menisbahkan diri mereka kepada Imam Abu Al-Hasan Al-Asy' ari yang telah pun meninggalkan fahaman golongan muktazilah. Golongan Al-Asya'irah menjadikan dalil-dalil dan pembuktian-pembuktian secara aqli (dengan logik akal yang sihat) dan  kalamiyah (tersusun secara teratur dengan ilmu mantik dan ilmu bahasa) sebagai wasilah dalam berhujah dengan para penentangnya dari kalangan golongan  muktazilah,  ahli falsafah dan sebagainya untuk menetapkan hakikat agama dan aqidah Islamiyyah.

Thursday, May 31, 2012

Asya'irah part 2


Ada beberapa ungkapan penting yang dibuat oleh Abu Hasan Asy’ari terutamanya ketika beliau mengisytiharkan dirinya keluar daripada Muktazilah.  Pertama: Manhaj dan dasar agama yang kita berpegang dengannya ialah Kitab Allah (al-Qur’an) dan Sunnah Nabi kita Muhammad (s.a.w.), dan apa yang diriwayatkan oleh para Sahabat, Tabiin dan Imam-imam Hadith. Kita berpegang dengan semuanya ini, dan juga kita berpegang dengan apa yang dikatakan oleh Abdullah Ahmad bin Hanbal, dan sesiapa yang menentang atau menyalahi pendapatnya, maka dia menyalahi dasar-dasar di atas. Kedua, ungkapan beliau yang dijelaskan di dalam bukunya Istihsan al-Khaud Fi Ilm Kalam iaitu sesungguhnya ada segolongan manusia yang menjadikan kejahilan sebagai asas pemikiran. Mereka tidak mahu berfikir dan menganalisis tentang masalah agama. 

Mereka lebih cenderung kepada sikap bertaklid. Mereka mengkritik sesiapa jua yang menganalisis tentang dasar-dasar agama dan menganggapnya menyeleweng. Menurut beliau lagi, dalam menentukan masalah agama hendaklah dikembalikan kepada dasar-dasarnya yang disampaikan menerusi wahyu. Begitu  juga masalah yang berkaitan dengan akal dan deria hendaklah dikembalikan kepada sumbernya. Ia tidak boleh dicampur-adukkan di antara masalah akliah dengan masalah samiiyah, begitulah juga sebaliknya.

Di dalam ungkapan pertama di atas, Abu Hasan Asy’ari jelas tidak mahu memberikan kebebasan kepada akal secara mutlak sekalipun untuk memperkukuhkan agama ataupun aqidah. Oleh itu beliau menekankan tentang perlunya umat Islam kembali berpegang kepada nas-nas al-Quran  tanpa membuat takwil yang jauh. Menurut Asy’ari, manhaj Ahli Salaf merupakan sebaik-baik manhaj bagi umat Islam untuk diikuti, dan Imam Ahmad bin Hanbal sebaik-baik contoh ikutan bagi menghayati manhaj tersebut. Dengan kata-kata lain Abu Hasan Asy’ari berusaha bersungguh-sungguh menghidupkan kembali manhaj Ahli Salaf yang telah diterima dan dihayati oleh masyarakat Islam sebelum bertapaknya aliran Muktazilah.

Dalam ungkapan keduanya kita dapati Asy’ari bersikap lebih terbuka dan menentang fikiran yang jumud serta taklid buta. Walaupun beliau mengajak masyarakat Islam kembali kepada manhaj Ahli Salaf, beliau juga mengajak masyarakat Islam memberikan perhatian dan tempat kepada peranan akal dalam mengukuhkan aqidah yang dibawa oleh nusus. Beliau berpendapat bahawa dengan adanya panduan antara akal dengan naqal itu lebih mudah untuk meningkatkan aqidah Islam kepada masyarakat Islam dan mudah pula untuk disebarkan kepada masyarakat bukan Islam.

Walaupun demikian Abu Hasan Asy’ari tetap mengutamakan nusus daripada akal kerana nusus al-Quran lebih berwibawa dan muktamad. Oleh itu sesuatu yang disampaikan oleh nusus al-Quran mestilah diterima dan dipatuhi sementara peranan akal hanyalah mengukuhkan sesuatu yang disampaikan oleh nusus. Dengan kata-kata lain, peranan akal adalah semata-mata berkhidmat kepada nusus untuk menjelaskan hakikat kebenaran aqidah. Sebarang kesamaran yang timbul antara kehendak nusus dengan kehendak akal, nusus hendaklah diutamakan. Konsep dan prinsip ini di dalam manhaj Abu Hasan Asy’ari tidak berubah sehinggalah sekarang walaupun tidak dinafikan terdapat sedikit sebanyak perubahan dalam ciri-ciri kecil yang dilakukan oleh pengikut-pengikut beliau kemudiannya.

Berasaskan kepada kedua-dua ungkapan Asy’ari, maka nyatalah manhaj beliau mempunyai ciri tersendiri dan berbeza daripada manhaj Muktazilah yang memberikan keutamaan kepada akal. Tetapi terdapat pengkaji-pengkaji, yang hanya melihat dari sudut tertentu sahaja atau mendasarkan kajian mereka kepada beberapa buah buku Asy’ari sahaja, terutama buku-buku yang ditulis oleh beliau pada peringkat awal, lebih cenderung menyamakan manhaj Abu Hasan Asy’ari dengan manhaj Ahli Salaf dan mengkategorikan beliau ke dalam golongan Salaf.

Berdasarkan kepada kedua-dua sikap yang ditunjukkan oleh Abu Hasan Asy’ari, jelas kepada kita betapa kuatnya beliau berpegang dengan nusus al-Quran yang juga merupakan asas pendekatan Ahli Salaf. Di samping itu beliau mengakui peranan akal dalam mengisbatkan aqidah. Sikap beliau ini boleh dianggap satu pendekatan baru dalam pemikiran aqidah Islam kerana ia berorientasikan kesederhanaan antara aliran yang terlalu berpegang kepada zahir nusus agama dengan aliran yang terlalu mengutamakan akal.

Sikap beliau ini juga tidaklah boleh ditafsirkan bahawa beliau tidak mempunyai pendirian atau terdapatnya unsur-unsur kontradiksi di dalam pemikiran beliau. Ungkapan Abu Hasan Asy’ari yang pertama menjelaskan iltizam beliau dengan al-Quran dan al-Sunnah, sementara ungkapan beliau yang kedua menggambarkan beliau menerima kewibawaan akal dalam mengisbatkan kebenaran apa yang dibawa oleh nas-nas al-Quran.


Monday, May 28, 2012

Asya'irah part 1


       Istilah Asy’ariyyah merujuk kepada suatu aliran iaitu mazhab Ash’ariyyah, manakala istilah Ashairah merujuk kepada tokoh aliran tersebut.Ashairah adalah mereka yang melalui jalan al-Imam Abu Hassan al-Ash’ari dalam iktiqod . Kedua-dua istilah ini adalah sandaran kepada beliau.

       Abu Hasan al-Asy’ari dilahirkan di Basrah pada tahun 260 Hijrah. Beliau pernah berpegang pada fahaman Muktazilah dan berguru kepada ayah tirinya Abu Ali al-Jubbai. Selepas berusia 40 tahun, beliau berfikiran matang dan tekun mengkaji secara mendalam. Pada suatu hari, beliau berdebat dengan ayah tirinya dalam mengenai kehidupan selepas mati. Selepas berdebat dengan ayah tiri beliau, Abu Hasan al-Asy’ ari bangun berucap di Masjid Basrah lalu mengisytiharkan dirinya keluar daripada fahaman Muktazilah dan berpegang pada Ahli Sunnah wal Jamaah.

       Abu Hasan al-Asy’ari membuat pembaharuan dalam aliran Ahli Sunnah dengan mengemukakan hujah-hujah logik akal serta teks-teks al-Quran dan hadis yang ada. Hujah-hujah yang dikumpulkan cukup kuat bagi mematahkan hujah Muktazilah yang pesat berkembang pada masa itu. Beliau berjaya mengumpulkan ramai murid dan pengikut. Kemudian, lahir golongan Ahli Sunnah wal Jamaah dikenali sebagai Asya’irah iaitu golongan pengikut fahaman Abu Hasan al Asy’ari. Antara teori Abu Hasan al-Asy’ari adalah mengemukakan 13 sifat yang wajib bagi Allah secara terperinci.

       Beliau juga menghuraikan perkara taklid iaitu mengambil pendapat orang lain tanpa hujah yang menguatkannya ataupun tidak dalam perkara yang berkaitan dengan sifat-sifat itu. Beliau menghuraikan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kepercayaan pada rukun-rukun iman.
Aliran Asya’irah ini berkembang dengan pesatnya di Iraq. Kemudian, ia berkembang di Mesir pada zaman Salahuddin al- Ayubi, di Syiria dengan sokongan Nuruddin Zanki, di Maghribi dengan sokongan Abdullah bin Muhammad, di Turki dengan sokongan Uthmaniah dan di daerah-daerah yang lain. Ideologi ini juga didokong oleh sarjana-sarjana di kalangan mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Antara mereka adalah al-Asfaraini, al -Qafal, al-Jarjani dan lain-lain sehingga sekarang.

       Pembaharuan yang dibawa oleh Abu Hasan al-Asy’ ari adalah dengan mengemukakan hujah logik dengan disertakan hujah teks al-Quran dan hadis Nabi Muhammad. Hujah-hujah ini membawa kekuatan kepada Ahli Sunnah wal Jamaah bagi menghadapi hujah golongan Muktazilah.  yang pesat berkembang dan mendapat sokongan daripada pemerintah-pemerintah kerajaan Abbasiah. Akhirnya, golongan Muktazilah bukan sahaja dibendung dengan hujah, tetapi kerajaan yang ditubuh kemudiannya memberi sumbangan politik yang besar bagi mempertahankan dan mengembangkan fahaman Asya’ irah. Di samping itu, lahir tokoh sarjana Islam yang menyambung aliran fahaman ini seperti Abu Abdullah bin Mujahid, Abu Hasan al-Bahili, Abu Bakar bin al-Taib al Bakilani, Abu Bakar bin Furak, Abu Ishak al-Asfiraini, Abu Muhammad aljuwaini, Abu Mazfir al-Asfaraini, Imam al-Haramain al-Juwaini, Hujah Islam Imam al-Ghazali, dan Imam Fakruddin al-Razi.

       Imam Abu Hasan al-Asy’ari juga meninggalkan beberapa buku yang dikarangnya dan yang masih ada pada zaman sekarang antaranya Al-Ibanah Min Uslul Diyanah . Dalam buku ini, beliau menyokong dengan tegas kepada Imam Ahmad bin Hanbal yang dipenjara dan didera oleh kerajaan Abbasiah yang menyokong Muktazilah pada zamannya. Begitu juga dalam buku Al-Luma Fir Raddi Ala Ahlil Zaighi wal Bid ‘i beliau mendedahkan hujah logik dan teks. Buku Maqalatul Islamiyiin mendedahkan fahaman-fahaman yang timbul dalam ilmu Kalam dan menjadi rujukan penting dalam pengajian fahaman-fahaman aqidah. Buku Istihsan al-Khaudhi Fil Ilmu Kalam pula adalah risalah kecil bagi menolak hujah mereka yang mengharamkan ilmu Kalam.

       Walaupun ada di kalangan sarjana Islam terutamanya di kalangan mazhab Hanbali yang menyanggah beberapa hujah dan kaedah yang dibawa oleh Abu Hasan Asya’ ari, ia tidak menafikan jasanya mempertahankan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Fahaman beliau berjaya mematikan hujah-hujah Muktazilah yang terpesong jauh iaitu membicarakan al-Quran sebagai kata-kata Allah yang kekal, isu melihat Allah pada hari Kiamat, membetulkan perkara yang berhubung dengan Qada’ dan Qadar dan lain-lain dan menjadi golongan pertama yang menamakan Ahli Sunnah Wal Jamaah di tengah-tengah kelahiran pelbagai fahaman pada zamannya.

       Imam Abu Hasan Asy’ari meninggal dunia pada tahun 330 Hijrah . dengan meninggalkan pusaka ilmu yang terdiri daripada buku-buku karangan beliau serta murid-murid yang meneruskan perjuangannya. Akhirnya, ia meninggalkan aliran pengajian aqidah yang dianuti oleh sebahagian besar umat Islam hari ini dalam melanda cabaran-cabaran baru yang tidak ada pada zamannya. Seterusnya aliran ini memerlukan pembaharuan lagi dalam mengemukakan hujah-hujah kontemporari bagi mempertahankan aqidah yang sebenar.

Monday, April 2, 2012

Hebron Massacre


Do you know about Hebron Massacre?? come on ikhwah wa akhawat.. this matter was seriously important!!

Hebron massacre : The Massacre took place on February 25, 1994, when an American trained Physician, Dr.Baruch Goldstein, stormed in on the group of prayers in the Ibrahimi Mosque in Hebron and opened fire on them.

In doing this, he wished to materialize the dream of the typical Zionist movement of annihilating the Arab existence in Palestine. Goldstein, who was killed during this massacre, was later hailed as hero for his murder.

One early morning, dated 25th February 1994 while all of us were busy doing our own things. A few hundred Muslims went to perform Subh prayers in Ibrahimi Mosque. (It is located in Beit Jibrin, 29km north of Hebron (al-khalil), Palestine. It is the memorial site of Prophet Adam, Ibrahim, Ishaq, Ya’cob and Yusuf.)

Without their knowledge, a Jew by the name Dr.Baroukh Goldstein was preparing to launch an attack. He was accompanied by a group of Jewish settlers and Zionist soldiers. Goldstein was carrying his military machine gun, some hand grenades and a lot of ammunition.

When the Muslims prostrated towards the qiblah, he fired the machine gun upon them. Meanwhile, Zionist soldiers closed the mosque doors to prevent the congregation from fleeing. They also denied entrance to those coming from outside to rescue the wounded.

Others outside the mosque were shot dead by Israeli soldiers outside the mosque. The massacre led to 50 deaths, 29 of which occurred inside the mosque. More than 300 muslims were wounded in the attack. Today, 14 years after the Hebron Massacre, The question remains…

IS THE LIVES OF OUR MUSLIM BROTHERS SO VALUELESS THAT WE DON’T BOTHER TO DO ANYTHING ABOUT IT?